Bicara YDP





SELAMAT MENEMPUH SEMESTER FEBRUARI 2012!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamu’alaikum sahabat sekalian,
Marilah kita sama-sama merafa’kan setinggi syukur dan kasih kita kepada Ilahi Robbul Izzati atas segala ni’mat yang diberikan kepada kita terutama 2 ni’mat agung iaitu Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan di bumi dan di langit,Sayyidina Muhammad S.A.W.
Saya Muhammad Hafiz Hafzam Bin Ahmad selaku YDP Jawatankuasa Teman –Unit Islam dan Pembangunan Nilai(JT-UnIPeN) bagi sesi 2011/2012, mewakili pimpinan JT-UnIPeN untuk mengucapkan ‘Selamat Meneruskan Sesi Pengajian bagi sesi Februari 2011/2012’ ini kepada semua mahasiswa/i UMK.
Seperti sedia maklum, UMK telah terbahagi kepada 3 kampus iaitu induk di Bachok, Jeli dan juga Pengkalan Chepa.Sehubungan dengan itu,organisasi JT-UnIPeN juga telah pun beroperasi untuk ketiga-tiga kampus. Individu yang  akan memimpin JT-UnIPeN di Jeli adalah Saudara  Mohammad Aizat Bin Padir, NYDP Bachok, Saudara Mohd Arif Bin Maktar dan NYDP Pengkalan Chepa Saudari Nurul Akma Binti Zulkifli. Untuk maklumat lanjut tentang lajnah(exco) induk dan cawangan  JT-UnIPeN, silalah berkunjung ke www.jtunipen.blogspot.com  Saya memohon maaf atas segala kekurangan di dalam blog tersebut kerana ianya masih dalam penambahbaikan.
Selain itu, JT Fan Club(JT-FC) merupakan suatu kelab yang ditadbir di bawah NYDP setiap kampus.Kelab ini berfungsi untuk membantu segala gerak kerja JT-UnIPeN dari semasa ke semasa. Disamping itu,kelab ini adalah satu wasilah(medan) merapatkan hubungan antara mahasiswa/i Muslim dan bukan Muslim bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Islam. InsyaALLAH, pendaftaran keahlian akan dibuka tidak lama lagi dan akan diberi beberapa keistimewaan. Oleh itu,marilah beramai-ramai mendaftar sebagai ahli JT-FC.
Akhir kalam,saya menyeru diri saya dan sahabat sekalian untuk terus memperbaharui niat kita berada di bumi ALLAH ini khususnya UMK agar mencari keredhaan-NYA. Saya juga memohon kerjasama daripada mahasiswa/i UMK dalam segala aktiviti @ program yang dijalankan JT-UnIPeN serta member kritikan yang membina untuk kepentingan bersama.Kami akan cuba untuk memberi yang terbaik kepada mahasiswa/i UMK, insyaALLAH. Wallahu’alam
Wabilahihidayahwattaufiq
Wassalamu’alaikum.
“Biar Islam Jadi Sanjungan,Ilmu Jadi Penyuluh Kehidupan”
Yang menjalankan amanah,
HAFIZ
YDP JT-UnIPeN
Sesi 2011/2012.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...