Wednesday 29 February 2012

ALLAH mendidikmu menjadi wanita terhebat

Bismillahirahmanirahim

Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tarmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah)

Benarkah begitu sukar menjadi seorang wanita? Apatah lagi seorang wanita muslimah yang mukminah? Adakah dengan menjadi seorang mukminah, seorang muslimah itu perlu bersembunyi di dalam rumah, tidak bergaul dengan sesiapa serta menutup seluruh tubuhnya? Hanya perlu terlihat dua biji mata untuk mengelakkan fitnah?

Tidakkah wanita mukminah itu juga punya peluang? Berubah mengikut peredaran waktu. Zaman sekarang adalah zaman moden. Wanita sudah berdiri sama tarafnya dengan lelaki. Wanita juga perlu ditonjolkan kedepan. Malah, wanita punya hak untuk menjadi pemimpin.

Dr.Zainab Ridhwan telah menyebut dalam kitabnya Al Islam Wa Qadhaya Al-Mar'ah:

Syariat Islam ini datang untuk menempatkan lelaki dan wanita ini pada satu lingkungan dan menjelaskan bahawa tabiat semula jadi manusia, lelaki dan wanita hampir sama. Sesungguhnya ALLAH mengurniakan kepada wanita apa yang dikurniakanNYA kepada lelaki dan menganurgerahkan kepada wanita keupayaan keupayaan yang cukup untuk memikul pelbagai tanggungwab. yang melayakkan kedua- dua jenis manusia ini melaksanakan tugas kemanusiaan yang umum dan khusus

SubhanALLAH, betapa hebatnya seorang wanita, tidak pernah sekalipun ISLAM meletakkan wanita keterbelakangan dari seorang lelaki. ISLAM adalah agama yang benar benar mengangkat martabat seorang wanita. Malah ALLAH telah berfirman dalam Surah An Nisa, ayat 124;

Barangsiapa mengerjakan amal amal soleh, lelaki mahupun wanita, sedangkan dia beriman, mereka itu masuk syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun.


Terbukti! Tidak pernah ada perbezaan dari segi penerimaan amalan kebaikan lelaki dan wanita. Sesiapa yang berlumba lumba melakukan kebaikan (fastobul khairat), maka dialah yang berhak mendapat pembelaan di sisi ALLAH SWT. ALLAH itu bersifat Al-Adl (Yang Maha Adil) terhadap hamba hambaNYA.

Malah Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membelakangkan wanita dalam aspek perjuangan ISLAM. Menyebut kembali kisah Hudaibiah, ketika Nabi Muhammad S.A.W mengarahkan para sahabat bertahalul dan menyembelih korban, sedangkan mereka tidak dibenarkan memasuki Makkah untuk menunaikan umrah, kerana dihalang oleh kaum Quraisy. Kaum Muslimin merasa keberatan lalu mereka tidak berkorban. Nabi Muhammad S.A.W menjadi khuatir tentang hal ini tetapi baginda juga merasa keberatan untuk menyalahi para sahabat. Justeru itu, Ummu Salamah mencadangkan agar Rasulullah SAW keluar dari rumahnya tanpa memberitahu sesiapapun dan menyembelih korbannya. Nabi Muhammad S.A.W melaksanakan pandangan isterinya. Selepas itu, semua orang segera menyembelih korban mereka. Maka berakhirlah krisis ini dengan pandangan seorang wanita kepada Rasulullah SAW.
Sesuai dengan ciptaanya yang sungguh indah dan menjadi mawar yang didambakan sang kumbang, pengaruh wanita juga amat kuat untuk menaikkan dan menjatuhkan seorang lelaki. Jangan pernah sekali terlupa bahawa permulaan keruntuhan kerajaan Firaun adalah berpunca dari isterinya. Asiah mampu menggugat pendirian Firaun yang bertegas untuk membunuh semua anak anak Bani Israel kecuali Nabi Musa A.s. Firman ALLAH:

Mudah mudahan dia berguna kepada kita atau jadikan dia anak. ( Al-Qasas:9)
Namun yang paling istimewa lagi mengagumkan iaituketeguhan Asiah beriman kepada ALLAH SWT yang Maha Esa dan mengingkari ketuhanan Firaun.

Sahabat sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Bersyukurlah dengan sepenuh hati kerana dilahirkan sebagai wanita ISLAM kerana hakikatnya ISLAM adalah penyelamat kepada kemuliaan seorang wanita. Mengambil beberapa contoh kepercayaan kaum kaum tertentu terhadap wanita, kaum Yahudi memandang wanita sebagai laknat yang wajib dijauhi dan tidak dapat dipercayai untuk menjaga rahsia atau tugas tertentu. Kaum Yahudi percaya bahawa 'wanita itu lebih kejam daripada kematian' sebagaimana yang telah disebutkan dalam Kitab Taurat mereka.






Aktiviti : Gathering JT UMK

Tarikh :  20/2/2012

Tempat : Dewan Bestari.

Anjuran : JT UMK

Details : 
Jawatankuasa Teman UMK akan mengadakan satu perjumpaan ahli-ahli JTUNIPEN pada 2/2/2012 bertempat di .......... . Ahli diminta menghadiri agar dapat membincangkan. .......................... Ahli diminta membawa buku nota dan bla bla bla...... ....... Kehadiran adalah wajib.

Thursday 16 February 2012

Belajar Hidup Dari Sebuah Kematian


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  
(Al- Imran : 185)
Assalamualaikum...

Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran, seperti ayat diatas. Maka kematian itu sememangnya suatu yang pasti bagi kita. Apabila tiba masanya nanti, tidak akan dilewatkan atau dilewatkan walau sesaat. Maha Suci Allah yang telah menetapkan cara kematian kita sesuai dengan cara hidup kita di muka bumi yang sementara ini.

Jadi, kembali kepada tajuk kali ini, pasti ramai tertanya bagaimana nak belajar hidup dari sebuah kematian?

Saya suka melemparkan sebuah persoalan bagi menjawab sebuah persoalan. Apa perasaan anda bila melihat atau mendengar berita kematian seseorang? Pernahkah kalian berkata pada diri, "Ya ALLAH bila giliran aku?". Allah Yang Maha Bijaksana menyembunyikan tarikh Malaikat Maut bakal datang menjemput kita kerana Dia ingin sekali kita sentiasa membuat persiapan yang cukup untuk bertemu dengan-Nya. Dia tidak mahu kita membuat persiapan 'last minute' seperti mana yang sering kita lakukan setiap kali peperiksaan menghampiri.

Dari sebuah kematian, kita dapat lihat bagaimana seseorang itu mati, dan kaitkan dengan cara hidupnya... Kemudian ambil itu sebagai iktibar dalam kehidupan.
Dari sebuah kematian, kita boleh lihat pelbagai ragam manusia yang menguruskan susuk tubuh kaku itu, ada yang tergopoh-gopoh, ada yang tiada belas kasihan dan pelbagai lagi sikap manusia untuk diambil iktibar
Dari sebuah kematian, kita menginsafi segala dosa-dosa silam... belajar memperbaiki kesilapan diri dan mendekatkan diri dengan Allah...
Dari sebuah kematian, kita sedar dunia itu hanya ladang untuk akhirat,di dunia kita berusaha bercucuk tanam buat menuai hasil tanaman di akhirat kelak. kita sedar hidup ini adalah sebuah perjalanan yang panjang tuk sampai ke destinasi (syurga atau neraka),dunia bagai sebuah pohon tuk kita berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Hebatnya belajar dari sebuah kematian. renungkan kata-kata ini :
 "celakalah mereka yang melihat kematian namun tidak mengambil iktibar darinya."

Nabi Muhammad S.A.W. seorang yang sentiasa mengingati mati. Dan ketahuilah dari sentiasa mengingati mati itu akan bertambah iman kita kepada Allah. Semoga kita semua mendapat Husnulkhotimah(Pengakhiran Yang Baik) di akhir kehidupan nanti. InsyaALLAH. Wallahu'alam~

Tuesday 14 February 2012

Valentine's Day : Antara Cinta Dan Dosa

Adakah mereka tahu dari mana asal usul sambutan perayaan ‘Valentines Day’ ini? Terdapat banyak pendapat tentang asal-usul Valentines Day. Salah satunya adalah seperti berikut.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. ...St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. 

Daripada cerita ini dapatlah disimpulkan bahawa sambutan perayaan Valentines Day tiada kaitannya langsung dengan Islam. Tambahan pula remaja kita hari ini menzahirkan rasa kasih dan cinta pada hari Valentine itu terhadap kekasih hati mereka yang masih belum tentu akan menjadi pasangan hidup mereka sebagai suami atau isteri. Bukankah perbuatan bercinta sebelum bernikah itu sudah terang dan jelas haram? Bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat pasti dapat memahami mengapakah Allah melarang perbuatan tersebut. 

Sewaktu Ijab Kabul diucapkan, Allah telah menanamkan rasa kasih saying pada pasangan tersebut. Sedangkan ketika saat orang berpacaran yang memberikan rasa kasih sayang itu adalah syaitan. Tapi bukan menanamkan kasih sayang ,hanya membunga-bungai menjadikan yang buruk menjadi indah. Pernikahan menjadikan yang haram menjadi halal. Dengarlah peringatan yang telah Allah sampaikan pada kita. Jangan sampai kita tergelincir pada lumpur dosa dan penyesalan yang tiada berakhir.
Allah berfirman ertinya : Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...