Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar
mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan
bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata. Maka, aku mengenal erti
sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.Ketika kehendakku tidak bisa di
genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang
ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa
segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya
persinggahan yang sering menagih pengorbanan.Ku sedari aku bukanlah sempurna. Aku
belajar menjadi diri aku apa adanya. Tidakku cemburu menatap
kelebihannya dia. Kerana ku yakini bahawa. Allah itu menjadikan kita
tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang
tidak serupa.Kegagalan semalam telah menghancurkan
impian. Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.
Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di
tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang, Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.Kehilangan yang terjadi sememangnya
menebuk lubang terdalam dihatiku. Namun kerana kehilangan itu aku
belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu. Tiada apa
yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu ku isikan
pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku. Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.
~Gambar Aktiviti JT~
Wednesday, 10 October 2012
Wednesday, 26 September 2012
Aurat Saya… Saya Yang Berhak Lindungi
Sebak!
Itu kenyataan paling nyata yang boleh
terungkap melihat muda mudi harapan bangsa dan agama tanpa malu dan
segan silu mengenakan pakaian yang tidak seperti pakaian itu di tubuh
mereka. Peringatan telah datang satu persatu, namun manusia masih tahan
diri dan menutup telinga dari menerima yang benar.
Alasannya apa?
Nak cantik dan nak menarik
perhatian…kalau tak cantik nanti takde orang suka, tak ada orang nak
datang lamar. Macam tu ke fikiran kita?
Orang mukmin itu tidak akan tertarik pada pandangan nafsu.
Kerana dia bergantung sepenuhnya dalam doa sekian lama. Keturunanya
mahu di jaga. Makanya, jodohnya perlulah insan yang terjaga akhlaknya.
Sememangnya bukan semua yang menutup
aurat itu terjaga lisannya, terindah hatinya dan baik budi pekerti
kerana sememangnya terdapat segelintir yang kurang mengambil berat
mengenai pertuturan dan budi bahasa. Namun, sekurang-kurangnya dia
telah mematuhi arahan Allah untuk menutup aurat. Bukan mempersenda atau
meringankan suruhanNya. Nauzubillahiminzalik.
Apa alasan lagi untuk kita tidak menutup aurat?
Ok, mengikut peredaran zaman?
Ya Allah, Allah tak suruh kita
memodenkan diri sampai melanggar perintahNya. Mahu hina di mata manusia
yang kerdil yang sememangnya ciptaanNya jua, atau pun mahu hina
sehinanya di hadapan Pencipta kita?!
Manusia itu ke yang menentukan kita akan
ke neraka atau ke syurga? Mereka jua manusia yang akan dihitung amal di
mahkamah agung nanti. Nak tolong kita jauh sekali. Jadi apa alasan
kita nak mempedulikan semua suara-suara yang cuba menjatuhkan iman kita
itu. Malah kalau kita berjaya menepis setiap nafsu yang hadir, itulah kemenangan yang besar.
Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w
melihat kita berpakaian sedemikian rupa. Apakah kamu fikir baginda akan
senyum atau berduka? Siapa yang layak memberikan syafaat untuk kita di
akhirat nanti kalau bukan baginda Rasulullah saw?
Jadi, kita cuba renungkan , kalau kita
telah mendukacitakannya, apakah mudah syafaat itu untuk sampai kepada
kita? Subhanallah, hanya Allah yang tahu. Tetapi, kita yang berhak
membaiki diri, mencari keredaanNya dan Rasulullah saw.
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Berat sangat ke menutup aurat sampai ramai lebih memilih menunjukkan kecantikkan diri
yang sememangnya hanya pinjaman sementara itu? Berbaloikah pujian demi
pujian yang hinggap di bibir mereka yang kurang mengerti berbanding
dengan seksa yang akan dirasa di akhirat nanti. Panas api dunia pun
tiada yang mampu tahan, inikah pula hangat api yang menjulang berganda
pedihnya meragut tubuh tanpa kasihan.
Sedih! Dengan fesyen yang seolah
mempersenda agama. Apa yang agama larang itulah yang berlaku sekarang.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Sengaja menampakkan sanggul yang meninggi di kepala? JANGAN LAKUKAN!
Rasulullah sudah melarang dengan jelas. Bukannya kamu cantik dengan sanggul tinggi yang menghias tudungmu.
Menutup auratlah dengan sempurna,
jangan sengaja mempersenda apa yang Allah telah gariskan. Hidup di
dunia ini hanya sebentar sahaja, barangkali seminit dua lagi kita akan
di jemput pulang ke sana. Mahu berbangga apakah dengan
perbuatan-perbuatan yang telah Allah larang. Hebat apakah kita hendak
menidakkan segala laranganNya?
Kembalilah pada Allah. Kita sememangnya makhluk yang sedang diuji dengan pelbagai keasyikan yang diluarannya indah tetapi hakikatnya salah. Telah Allah dan Rasulullah memberikan peringatan kerana sayangnya pada kita hambaNya. Namun, kita sendiri yang cuba melemparkan diri ke binasa.
Ya Allah, tuntunlah jiwa ini, jangan biar kelalaian terhadap dunia menutup mata hati kami memandang akhirat yang abadi.
Bukan tidak boleh bercinta, tapi…
Adik : Erm.. abang, boleh adik tanya sedikit?
Abang : Boleh. Silakan…
Adik : Adik sudah habis SPM, dan adik ada seorang kenalan perempuan.
Abang : Oh, jadi?
Adik : Jadi… erm, sebenarnya adik ada menaruh harapan
padanya. Kami sudah kenal hampir dua bulan dan dia sangat rapat dengan
adik. Bolehkan abang jika kami bercinta atas suka sama suka. Tiada
paksaan Dan adik mahu hidup berteman seperti rakan – rakan yang lain.
Abang : Boleh abang bertanya?
Adik : Silakan…
Abang : Kenapa perlu bercinta?
Adik : Sebab itu sebahagian daripada sifat manusia. Dan manusia memang perlukannya. Betul?
Abang : Betul. Tapi bagaimanakah dengan persiapan adik terhadap cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw?
Kami
terdiam dan soalan tidak berbalas dengan jawapan. Jawapan tidak diberi,
tidak mengapa. Apa yang pasti, pemahaman erti kehidupan perlu di sapa.
Biar sedikit, itulah titian – titian menuju ke bukit. ‘Broga Hills’
mungkin~
Cinta itu sifatnya fitrah.
Tidak boleh buang seperti sampah. Tetapi, silapnya cinta dipandang
‘enteng’ bagai sampah. Bila ditanya berkenaan cinta, bulat – bulat kita
kaitkan dengan asmara.
Asmaradana atau asmaramerana?
Bagi yang
sedang menjalinkan cinta dengan ikatan ‘tidak SAH’ seharusnya perlu
ditanya terlebih dahulu bagaimanakah dengan persiapan cinta kita
terhadap Allah swt dan Rasulullah saw? Kerana Allah swt dan Rasulullah
saw adalah yang pertama dan utama.
Imam Syafi’ berkata, “Bukankah kita sudah ikrarkannya (syahadah)?”
Sedarkah kita bahawa, lafaz syahadah adalah lafaz cinta.
Tandanya ialah, kita telah menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah dan
Rasulullah. Kita akan berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasulullah.
Bukan tidak boleh bercinta, tapi….
Bukan
tidak boleh bercinta, tapi… semak dahulu diri kita. Jika asyik bercinta
sehingga mengetepikan Allah dan Rasulullah. Adakah itu dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula keluarga. Adakah itu dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula amal ibadah. Adakah itu dinamakan cinta?
Mari, muhasabah diri. Agar nanti, diri tidak kecundang seperti ‘gagak yang melepaskan tahi’. Mari perbaiki diri, kerana cinta bersifat suci.
‘Aku bercinta, tetapi solat, aurat aku memperlekehkannya.’
‘Aku bercinta, tetapi berkenaan keluarga aku tidak ambil peduli. Hati ayah dan ibu, sering aku sakiti.’
‘Yaa Allah, satukanlah kami. Jangan ada sesiapa yang menganggu kebahagiaan kami.’
‘Rinduku seperti oksigen yang dirimu sedut selalu.’
Ada yang
percaya dengan adanya usaha dan doa, Tuhan pasti akan terima. Tetapi,
ada juga yang tidak yakin dengan tuntutan – tuntutan Islam. Contohnya,
Allah swt menyatakan bahawa solat itu akan mencegah kita daripada
melakukan perkara yang mungkar.
Tetapi, kita buka minda sahaja. Sebaliknya hati dibiarkan tertutup.
Selain itu, Nabi Muhammad saw telah berpesan supaya kita berpuasa.
Tetapi, kita berpuasa kerana lapar dan dahaga sahaja.
Bagi yang ingin menjalinkan ikatan cinta secara ‘tidak SAH’, umpakan hubungan cinta yang ‘tidak SAH’ itu seperti syubhat. Syubhat itu yang akan menimbulkan keraguan dan akan mengheret kita ke lereng – lereng neraka. Jadi, jaga – jaga!
Akhir
kata, nasihat ini bukan untuk membangga diri. Tetapi untuk bermuhasabah
diri. Hidup di dunia ini perlu hati – hati, tidak boleh ‘semberono’
mengikut kehendak diri. Jika mampu merasa nikmat cinta dunia, tetapi
tidak mampu merasa nikmat cinta Allah dan Rasul-Nya, pasti ada silapnya.
Selamat berbahagia.
Artikel ini adalah kiriman ke inbox kami oleh Mohamad Nasiruddin Bin Amir (mnasiruddinbamir.blogspot.com). Semoga memberi manfaat kepada semua. Syukran
Tuesday, 25 September 2012
Hakikat Cinta Seorang Pencinta
Meningkat
umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh,
kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak
perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam
di hati insan.
Manusia
sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering
lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang
anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. Allah
tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu
sendiri adalah takdirNya.
Maha
Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan
untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik
untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya,
bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu sayangnya
Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah. Dia
mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya.
Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah
memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus
terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya
bersulam nafsu semata-mata.
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,Namun tanpa baja..tanpa dijaga,Akar yang kukuh juga bisa rapuh,Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,Manakan buah hendak masak memerah”
Bagitulah
halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan
nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang
serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan
menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan
manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa seorang hamba mengharap pada
hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta
yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.
Hari ini
berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari
esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.
Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke
arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.
Semua
orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka
cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga
ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara.
Sedangkan
tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.
Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar
bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah
bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang maha
Penyayang bersikap zalim. Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang
nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,Segala kesudahan rasa,Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.Jodohnya manusia ada ditangannya.Saudaraku tercinta,Andai kehendak hati terhenti,Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,Cinta yang membuatkan mu tidak lena,Menjadikan harimu terganggu setiap masa,Bukannya itu cinta yang diharapkan,Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,Redha dengan takdirNya,Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,Asalkan si dia mencintai Tuhan,Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa
dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa
mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus
Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak
sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna
Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada
dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia
milikmu…
“Aku
mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA
dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )
Saudaraku tersayang,
Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.
Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi
yang akan binasa. Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut
insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.
Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu
menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan
jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.
Nilai Solat Berjemaah di sisi Salafus Soleh
Di dalam kitab Ø§Ù„Ù…Ù†Ø Ø§Ù„Ø³Ù†ÙŠØ© على الوصية المبتولية, karangan al-Qutub al
Sya'rani menyatakan bahawa mereka yang hidup pada sepanjang tiga kurun
pertama yang dikenali sebagai Salafus Soleh beranggapan bahawa terlepas
daripada menunaikan solat fardhu secara berjemaah adalah suatu musibah
suatu bala daripada Allah SWT.
Pernah suatu ketika, ada seorang lelaki pergi ke kebun kurmanya. Apabila dia pulang, didapatinya orang ramai sudah pun selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah. Dalam keadaan sedemikian, dia lantas menyebutkan "ان لله وانا اليه راجعون, aku telah terlepas solat berjemaah. Bersaksikan kamu semua, dengan ini aku mengisytiharkan sesungguhnya kebun kurmaku itu, aku sedekahkan kepada fakir miskin".
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa suatu ketika Abdullah bin Umar RA telah terlepas daripada melaksanakan solat Isyak berjemaah. Dengan sebab itu, dia telah mengulangi solat Isyak sepanjang malam sehingga terbit fajar. Tujuannya ialah untuk menampung kekurangan pahala yang berlaku kerana ketinggalan solat berjemaah tadi.
Begitu juga kisah yang diriwayatkan mengenai Abdullah bin Umar al-Qawariri, katanya: "Aku tidak pernah tertinggal solat fardhu berjemaah sehinggalah pada suatu malam aku telah didatangi tetamu. Dengan sebab sibuk melayan mereka, maka aku telah terlepas daripada menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid. Namun begitu aku pergi juga ke masjid dengan niat untuk solat berjemaah, tetapi setibanya aku di sana, aku dapati masjid sudah pun berkunci, Justeru itu, aku pulanglah ke rumah dengan perasaan penuh kecewa. Hatiku berbisik: Rasulullah ada bersabda: "Sesungguhnya solat berjemaah kelebihannya mengatasi solat bersendirian sebanyak 27 darjat".
Oleh itu, aku pun melakukan solat Isyak pada malam itu sebanyak 27 kali dan selepas itu aku pun tidur. Di dalam tidur aku bermimpi melihat aku sedang menunggang kuda bersama-sama orang kampungku. Tetapi yang peliknya mereka berada di hadapanku dan aku pula berada di belakang mereka. Aku telah memacu kudaku selaju-lajunya. Puas aku melakukannya tetapi aku tidak dapat mengejar mereka.
Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berpaling ke arahku sambil berkata: "Engkau hanya memenatkan kudamu sahaja! Engkau tidak akan dapat mengejar kami". Lantas aku bertanya kepadanya: "Mengapa?" Jawabnya : "Kerana malam tadi kami solat Isyak secara berjemaah, sedangkan engkau hanya melakukannya bersendirian. Selepas dialog itu aku pun terus terjaga dari tidurku dengan perasaan penuh kesedihan.
Sebahagian ulama' Salaf berpendapat bahawa seseorang itu tidak akan terlepas dan tertinggal daripada solat berjemaah melainkan kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya. Pada umumnya masyarakat di zaman itu berpandangan bahawa solat berjemaah adalah suatu ibadah yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Jika ada di antara mereka yang terlepas solat fardhu berjemaah satu waktu sahaja, maka seluruh anggota masyarat yang lain akan mengucapkan takziah berlanjutan selama seminggu. Ada riwayat yang menyebutkan walaupun hanya terlewat satu rakaat sahaja.
Begitu juga, mereka akan mengucapkan takziah selama tiga hari kepada sesiapa yang terlewat dan tidak mendapat Takbiratul Uula bersama-sama imam.
Melihat kepada catatan di atas, marilah kita semua cuba menghayati kepentingan solat berjemaah untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat! InsyaAllah.
Pernah suatu ketika, ada seorang lelaki pergi ke kebun kurmanya. Apabila dia pulang, didapatinya orang ramai sudah pun selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah. Dalam keadaan sedemikian, dia lantas menyebutkan "ان لله وانا اليه راجعون, aku telah terlepas solat berjemaah. Bersaksikan kamu semua, dengan ini aku mengisytiharkan sesungguhnya kebun kurmaku itu, aku sedekahkan kepada fakir miskin".
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa suatu ketika Abdullah bin Umar RA telah terlepas daripada melaksanakan solat Isyak berjemaah. Dengan sebab itu, dia telah mengulangi solat Isyak sepanjang malam sehingga terbit fajar. Tujuannya ialah untuk menampung kekurangan pahala yang berlaku kerana ketinggalan solat berjemaah tadi.
Begitu juga kisah yang diriwayatkan mengenai Abdullah bin Umar al-Qawariri, katanya: "Aku tidak pernah tertinggal solat fardhu berjemaah sehinggalah pada suatu malam aku telah didatangi tetamu. Dengan sebab sibuk melayan mereka, maka aku telah terlepas daripada menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid. Namun begitu aku pergi juga ke masjid dengan niat untuk solat berjemaah, tetapi setibanya aku di sana, aku dapati masjid sudah pun berkunci, Justeru itu, aku pulanglah ke rumah dengan perasaan penuh kecewa. Hatiku berbisik: Rasulullah ada bersabda: "Sesungguhnya solat berjemaah kelebihannya mengatasi solat bersendirian sebanyak 27 darjat".
Oleh itu, aku pun melakukan solat Isyak pada malam itu sebanyak 27 kali dan selepas itu aku pun tidur. Di dalam tidur aku bermimpi melihat aku sedang menunggang kuda bersama-sama orang kampungku. Tetapi yang peliknya mereka berada di hadapanku dan aku pula berada di belakang mereka. Aku telah memacu kudaku selaju-lajunya. Puas aku melakukannya tetapi aku tidak dapat mengejar mereka.
Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berpaling ke arahku sambil berkata: "Engkau hanya memenatkan kudamu sahaja! Engkau tidak akan dapat mengejar kami". Lantas aku bertanya kepadanya: "Mengapa?" Jawabnya : "Kerana malam tadi kami solat Isyak secara berjemaah, sedangkan engkau hanya melakukannya bersendirian. Selepas dialog itu aku pun terus terjaga dari tidurku dengan perasaan penuh kesedihan.
Sebahagian ulama' Salaf berpendapat bahawa seseorang itu tidak akan terlepas dan tertinggal daripada solat berjemaah melainkan kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya. Pada umumnya masyarakat di zaman itu berpandangan bahawa solat berjemaah adalah suatu ibadah yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Jika ada di antara mereka yang terlepas solat fardhu berjemaah satu waktu sahaja, maka seluruh anggota masyarat yang lain akan mengucapkan takziah berlanjutan selama seminggu. Ada riwayat yang menyebutkan walaupun hanya terlewat satu rakaat sahaja.
Begitu juga, mereka akan mengucapkan takziah selama tiga hari kepada sesiapa yang terlewat dan tidak mendapat Takbiratul Uula bersama-sama imam.
Melihat kepada catatan di atas, marilah kita semua cuba menghayati kepentingan solat berjemaah untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat! InsyaAllah.
Kelebihan Solat Berjemaah
Kelebihan Solat Isyak, Subuh dan Asar Berjemaah
Sebagai tambahan kepada kelebihan yang telah disebutkan pada siri-siri
yang lepas, terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa solat Isyak,
Subuh dan Asar yang dilakukan secara berjemaah mempunyai banyak
kelebihan dan besar ganjarannya. Kelebihan-kelebihan yang dimaksudkan
antaranya ialah:
Solat Isyak berjemaah seperti solat separuh malam. Solat Subuh berjemaah seperti solat semalaman.
Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat disebalik solat Isyak dan Subuh yang didirikan secara berjemaah nescaya mereka akan (bertungkus lumus) mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"
Berkata Imam Nawawi dalam mengulas hadis tersebut: "Pengajaran
di dalam hadis ini ialah Rasulullah bersunguh-sungguh menggalakkan
umatnya supaya datang ke masjid atau tempat yang seumpamanya untuk solat
Isyak dan Subuh secara berjemaah"
Selain itu, Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang bermaksud:
Daripada Abdul Rahman bin Abu Amrah RA, katanya: "Suatu malam Uthman bin 'Affan RA telah masuk ke dalam masjid selepas selesai didirikan solat Maghrib. Lantas dia pun duduk berseorangan. Lalu aku pun datang mendekatinya dan duduk disampingnya. Tiba-tiba dia berkata kepadaku: "Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bersolat Isyak secara berjemaah maka (ianya akan diberikan ganjaran) seperti solat sunat separuh malam dan sesiapa yang bersolat Subuh secara berjemaah nescaya (ianya akan diberikan ganjaran) seperti mendirikan solat sunat sepenuh malam"
Malaikat mengiringi orang yang mula-mula sampai ke masjid.
Di antara dalil yang menunjukkan betapa besarnya kelebihan datang ke
masjid untuk melaksanakansolat subuh berjemaah ialah hadis yang telah
diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi 'Asim dan Imam Abu Nu'aim yang
bermaksud:
Daripada Miitham RA, katnya: "Telah sampai kepadaku suatu hadis daripada Rasulullah yang berbunyi: "Sesungguhnya seorang Malaikat akan datang berpagi-pagi dengan bederanya ke masjid sambil menemani orang yang mula-mula sekali datang ke masjid pada pagi itu. Malaikat itu berterusan menemani orang tersebut dengan benderanya sehingga orang itu kembali kerumahnya. Sesampai di rumahnya Malaikat itu akan masuk ke dalam rumah orang tadi bersama-sama bendera yang dibawanya. (Begitulah juga) syaitan akan berpagi-pagi datang ke pasar dengan benderanya sambil menemani orang yang paling awal sampai ke pasar pada pagi itu. Syaitan berterusan menemaninya sehingga apabila orang tersebut sampai ke rumahnya maka syaitan akan turut masuk ke dalamnya bersama-sama dengan bendera yang dibawanya".
Cuba perhatikan betapa tinggi dan
hebatnya kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang
mula-mula sampai ke masjid untuk menunaikan solat Subuh Berjemaah!
Solat Subuh Berjemaah akan ditulis bersama solat golongan Abrar
(Golongan yang suka melakukan kebajikan dan ibadah) dan bersama utusan
Allah.
Hadis berikutnya akan menyedarkan kita lagi betapa perlunya sebagai
seorang muslim bersungguh-sungguh mengambil berat dengan Solat Subuh
berjemaah. Hadis yang menceritakan kelebihan seperti yang tercatat di
atas ialah riwayat daripada Imam al-Thabrani yang bermaksud:
Daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW, sabdanya: "Sesiapa yang berwudhu' kemudian dia datang ke masjid, lantas bersolat sunat subuh dua rakaat, kemudia dia duduk menanti sehinggalah dia menunaikan solat subuh berjemaah, maka dituliskan baginya solat subuh pagi itu bersama solat golongan Abrar dan dianya juga ditulis termasuk dalam kalangan utusan Allah".
Solat Subuh Berjemaah berada dalam jaminan keamanan Allah SWT
Di antara dalil yang menunjukkan besarnya kelebihan solat Subuh Berjemaah ialah penegasan
Daripada Rasulullah SAW bahawa mereka yang menunaikan solat Subuh Berjemaah akan mendapat jaminan keamanan dan pemliharaan daripada Allah SWT. Hakikat ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani yang bermaksud:
Daripada Abu Bakrah RA katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang solat Subuh berjemaah maka dia berada di dalam jaminan keamanan dan pemeliharaan Allah SWT. Sesungguhnya sesiapa yang memperlekeh dan mempermainkan jaminan Allah SWT nescaya Allah akan menghumbankannya ke dalam Neraka".
Berkata al-Allamah Abdul Rahman
al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini: "Yang dimaksudkan dia
berada dalam jaminan Allah SWT ialah berada di dalam tanggungan dan
pemilharaanNya di dunia dan juga akhirat.
Al-Allamah al-Manawi pula berkata: "Ulama' telah memberikan dua
pentafsiran kepada maksud sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Maka
sesiapa yang mempermainkan jaminan Allah SWT nescaya Allah SWT akan
menghumbankan mukanya ke dalam Neraka". Dua pentafsiran itu ialah:
- Yang dimaksudkan dengan jaminan Allah SWT atau Tanggungan Allah: "Solat Subuh berjemaah menuntut jaminan keamanan daripada Allah SWT. Maka kesimpulannya ialah: "Jangan kamu meninggalkan solat Subuh berjemaah dan jangan kamu memperlekehkan dan memandang rendah kemuliaannya, nanti akan terbatal dan terungkai perjanjian jaminan keamanan di antara kamu dengan Tuhan kamu, lantaran itu Allah SWT akan menghumbankan muka-muka kamu semua ke dalam Api Neraka".
- "Sesiapa yang bersolat Subuh berjemaah, nescaya dia memperolehi jaminan keamanan di dunia dan akhirat dari Allah SWT. Justeru itu, jangan kamu semua mengkhianatinya dengan apa cara sekalipun. Sesungguhnya jika kamu melakukannya, takut nanti Allah SWT akan menghumbankan muka-muka kamu semua ke dalam Neraka".
Solat Subuh Berjemaah diberi pahala seperti mengerjakan Haji dan Umrah
Kelebihan seperti ini memang tidak terdapat pada solat-solat fardhu yang
lain. Oleh kerana itulah bila kita datang solat waktu subuh, kita akan
dapati tiang-tiang masjid lebih banyak daripada ahli jemaahnya.
Rupa-rupanya makin besar pahala, makin sedikit bilangan ahli jemaahnya.
Ini mungkin kerana syaitan bekerja keras bagi memastikan umat islam
tidak datang untuk solat Subuh Berjemaah!
Imam al-Thabrani juga ada meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Abu Umamah RA, katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian setelah selesai solat dia terus duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari. Kemudian dia menunaikan solat sunat dua rakaat maka dia akan kembali (ke rumahnya pagi itu dengan diberi ganjaran pahala) seperti pahala menunaikan Haji dan Umrah".
Hadis di atas juga telah dikuatkan oleh hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi yang bermaksud:
Daripada Anas RA, katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang
solat Subuh berjemaah kemudia dia terus kekal mengingati Allah SWT
sehingga terbit matahari, selepas itu dia solat sunat dua rakaat,
nescaya akan diberi baginya pahala menunaikan haji dan umrah". Berkata
Anas RA: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Sempurna, sempurna,
sempurna!".
Berkata al-Allamah Abdul Rahman al-Mubarakfuri: "Perkataan 'sempurna'
itu ialah sifat bagi Haji dan Umrah yang diulang sebut sebanyak 3 kali
oleh Rasulullah SAW bertujuan bagi menguatkan keyakinan bahawa pahala
yang bakal diterima ialah seperti pahala melakukan haji dan Umrah dengan
sempurna".
Pertemuan Malaikat Malam dan Malaikat Siang ketika Solat Subuh dan Asar
Pertemuan para Malaikat yang bertugas pada waktu malam dan para Malaikat
yang bertugas waktu siang memberi pengertian betapa besarnya kelebihan
solat Subuh dan Asar berjemaah kerana mereka bukan semata-mata bertemu
di saat itu, tetapi mereka akan menjadi saksi kepada sesiapa saja yang
mendirikan solat sSubuh dan Asar secara berjemaah. Bukan itu saja,
bahkan mereka akan memohon keampunan untuk mereka semua. Semuanya telah
diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis sahih.
Dalil yang menunjukkan berlaku pertemuan di antara para Malaikat ini di
waktu solat Subuh ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari
yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat yang dilakukan oleh sesiapa saja dari kalangan kamu secara bersendirian sebanyak 25 kali ganda dan sesungguhnya Malaikat malam dan Malaikat siang bertemu ketika solat Subuh". Kemudian Abu Hurairah berkata: " Justeru itu bacalah jika kamu kehendaki ayat al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya solat Subuh secara berjemaah itu akan disaksikan oleh para Malaikat".
Dalil yang menunjukkan berlakunya pertemuan
mereka ketika solat Subuh dan Asar ialah hadis yang telah diriwayatkan
oleh Imam Muslim yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Bersilih ganti datang kepada kamu Malaikat malam dan Malaikat siang lalu mereka bertemu ketika solat Subuh dan Asar. Kemudian ketika naik Malaikat malam ke langit, maka bertanyalah Allah SWT kepada mereka sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui segala tindak tanduk mereka: "Bagaimanakah keadaan hambaKu ketika kamu meninggalkan mereka?" Lalu para Malaikat pun menjawab: "Kami telah tinggalkan meraka dalam keadaan mereka bersolat dan ketika mula-mula mendatangi mereka, meraka juga sedang bersolat".
Imam al-Nawawi berkata dalam mengulas hadis ini:
"Sesungguhnya pertemuan para Malaikat malam dan Malaikat siang ketika
solat Subuh dan Asar adalah menandakan betapa Allah SWT Maha Lembut dan
Maha Bertimbang Rasa dengan hambaNya yang mukmin. ianya juga merupakan
suatu penghormatan dari Allah bagi mereka yang beristiqomah menunaikan
solat fardhu berjemaah, kerana menjadikan pertemuan dan perpisahan para
Malaikat pada waktu-waktu solat berjemaah iaitu ketika mereka sedang
duduk berkumpul melakukan ketaatan terhadap Allah SWT. Justeru itu,
secara tidak langsung maka jadilah para Malaikat ini sebagai saksi
kepada hambaNya yang mukmin di dalam melakukan ibadah solat Subuh dan
Asar atau ibadat-ibadat yang lain di saat itu".
Adapun dalil yang menunjukkan para Malaikat memohon keampunan bagi mereka yang solat Subuh dan Asar berjemaah ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud:
"Lalu para Malaikat menjawab:" Ketika kami datang menemui mereka, mereka sedang solat dan ketika kami meninggalkan mereka, mereka juga sedang solat. Oleh itu, berikanlah keampunan untuk mereka pada hari pembalasan kelak".
Alangkah beruntungnya mereka yang para
Malaikat mendoakan keampunan untuknya. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang! Jadikanlah kami sebahagian daripada mereka! amin..
Wallua'lam.
Friday, 21 September 2012
Bagaimana Rasanya ‘Couple’
Salam saya pembuka bicara…
Bila kita membuka mata dan memandang
sekeliling kita, terdapat banyak sekali ragam manusia. Masing2 dengan
hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekeliling.
Teks pada kali ini, ingin saya highlightkan perkataan couple dalam kalangan remaja.
Bercerita mengenai isu ini, ya, saya
juga pernah terjerat di dalam perangkapnya. Usia seawal 15 tahun, saya
melihat dan sering mendengar kisah dan cerita dari rakan-rakan sekelas
tentang HEBATnya cinta mereka. Setiap kali ada peluang untuk berjumpa,
mereka tidak akan melepaskan peluang itu. Jika tidak dapat bertemu, sms
akan berkhidmat sebagai melepaskan rindu antara dua jiwa yang sudah di
lamun cinta.
Lalu, saya bertanyakan kepada rakan saya, Bagaimanakah perasaan orang yang bercinta..? Jawapan yang rakan saya berikan adalah, ” ko kenalah rasa sendiri, barulah tahu betapa manisnya..”Saya tidaklah mengatakan saya cantik..
Saya tidak mengatakan saya ayu.. Saya tidak mengatakan sama sekali saya
seorang gadis yang hebat.. Sejak saya melangkah ke alam persekolahan
menengah, memang saya menerima beberapa surat dari pelajar-pelajar
lelaki yang ingin menjadikan saya kekasih mereka. Tetapi, pada saat itu,
saya masih belum mengerti, apa itu cinta, mungkin masih terbawa-bawa
naluri kanak-kanak dari sekolah rendah.
Pernah beberapa kali senior perempuan
sekolah mengugut saya hanya kerana teman lelaki mereka memberikan love
letter kepada saya. saya sendiri hairan dan pelik, sehebat mana
kehebatan cinta yang mereka rasakan sehingga sanggup memalukan diri sendiri.
Hinggalah saya melangkah ke alam separah
remaja dan naluri ingin tahu itu timbul. Akhirnya, saya bersetuju untuk
menerima seorang lelaki dalam hidup saya selepas setahun dia
memerhatikan saya sewaktu di sekolah. Pada masa tersebut, saya berumur
15 tahun.
Mulanya, saya tidak mengenali siapakah
gerangan lelaki tersebut kerana dia hanya bertanyakan pada saya melalui
sms dengan mendapatkan nombor telefon daripada rakan-rakan saya. Saya
tanpa berfikir panjang, terus menerima kerana rasa ingin tahu bagaimana
perasaan orang yang bercinta.
Selama sebulan kami hanya berhubung di
dalam telefon, akhirnya, dia ingin berjumpa dan saya letakkan syarat,
dia mesti membawa 2 atau 3 orang temannya bersama dan saya akan membawa
2-3 orang rakan saya. Tapi, saya bawa lebih dari 5 orang. pertemuan
pertama kami adalah di kantin sekolah dan itu adalah pertama kali saya
melihatnya.
Rupanya, dia adalah seorang pelajar dari
kelas Sains tulen dan memang ramai juga pelajar perempuan yang
meminatinya. Pertemuan pertama kami, hanya rakan-rakan yang banyak
bercerita dan kami hanya diam. Langsung tidak bercakap sehinggalah
perjumpaan selesai.
Selama beberapa bulan menjadi sepasang
kekasih, saya masih tidak merasa kehebatan cinta yang sering diceritakan
oleh rakan-rakan yang lain. selepas pertemuan kami yang pertama, dia
ingin bertemu lagi dan berkali-kali mengajak untuk bertemu, tapi ada
saja alasan yang saya berikan kerana saya terasa seperti banyak mata
yang memandang seperti yang saya rasakan pada pertemuan kami yang
pertama. Tidak tahu mengapa..
Akhirnya, saya rasa seperti tidak ada
apa-apa benefits pun bila mempunyai pasangan, dan saya memutuskan
hubungan kami dengan tanpa ada sebarang alasan. Dia sangat kecewa dan sedih..
Selama seminggu dia tidak bersemangat sewaktu berada di sekolah.
Rakan-rakannya memujuk untuk saya menerimanya kembali. Akhirnya, saya
kesian dan menerimanya kembali walaupun tidak ada perasaan cinta dalam
hati.
Hubungan tanpa percintaan memang tidak
kekal lama, saya kembali memutuskan hubungan kami dengan sebab ingin
menumpuhkan perhatian pada pelajaran dahulu. Tambahan pula, saya semakin
rimas bila dia berkali-kali mengajak untuk berjumpa. dia menelefon
pada saat itu juga(kerana saya memutuskan hubungan melalui sms) dan apa
yang saya dengar adalah tangisannya. Saya sungguh rasa bersalah pada
saat itu kerana baru saya sedar yang saya telah mempermainkan hatinya.
Saya rasa diri saya sangat kejam bila mendengar tangisannya yang tidak pernah saya dengar sebelum ini.
Mulanya, saya keraskan hati untuk tidak
menerimanya kembali, tapi rasa bersalah bertambah apabila setiap hari
dia menghantar sms yg memberitahu betapa terlukanya dia. Hati saya
memang mudah tersentuh dan mudah merasa kasihan pada orang lain, saya
tidak sampai hati bila melihat dia merayu-rayu dan menangis. Akhirnya,
saya menerima dia kembali.
Saat saya melangkah ke alam IPT, banyak yang dapat saya lihat. pelbagai ragam manusia. Dari sinilah saya banyak mempelajari erti kehidupan sebenar.
Saya melihat ramai pelajar yang sama kampus akan belajar mengulangkaji
bersama-sama, makan bersama-sama, ke kelas bersama-sama… dalam fikiran
saya, hanya satu, mereka tidak bosan ke bila sentiasa bersama dengan
orang yang sama pada setiap masa?
Dan dimana sahaja, mereka pasti akan
berpegangan tangan. ketika itu, saya terfikir, selama saya mengenali
‘dia’ dan menjadi kekasihnya, perkara yang tidak pernah kami lakukan
adalah berpegang tangan. Seperti ada satu magnet pada diri kami yang
mempunyai kutub yang sama.
Dunia IPT la yang banyak mengajar saya apa itu couple.
Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang kakak yang memandu saya
tatkala diri ini masih tidak mengetahui selok belok dunia sebenar. Kakak
saya banyak berpesan, Jaga diri dan jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik.
Saat itu, saya sedar bahawa selama ini, saya telah banyak terpengaruh
dengan teman2 sekolah dulu. Terpengaruh dengan cerita-cerita kehebatan
cinta mereka..
Di dunia IPT jugalah, saya mengerti apa
itu Islam (kerana saya berasal dari keluarga muallaf) kerana saya tidak
ada saudara mara, datuk atau nenek yang boleh saya jadikan rujukan dan
pertanyaan berkenaan Islam. Di sini, saya berjumpa dengan ramai rakan2
yang muslim dengan pelbagai bangsa. dan rakan yang rapat dengan saya
seorang berbangsa Melayu. Dia banyak memberitahu dan menceritakan saya
Islam itu bagaimana.
Pada mulanya, saya hanya menganggap
Islam itu, kita perlu berkelakuan baik dan Allah akan suka. Bertudung
dan Allah akan sayang. Jaga maruah diri dan Allah akan cinta. Tapi
sebenarnya, Islam itu, kita hendaklah berkelakuan baik luaran dan juga
dalaman.. merendah diri.. Kita hendaklah menutup aurat selengkapnya,
bukan membungkus aurat dengan baju ketat tetapi memakai tudung, kita
menjaga maruah kita, bersopan-santun, pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang ajnabi dan yang sangat penting adalah Jaga Solat 5 waktu.
Pada satu malam, saya duduk bersendirian
melayan bunyi cangkerik dan sunyi malam itu. Tiba-tiba otak saya
teringatkan dia. Sejak saya melangkah ke IPT, sudah lama kami tidak
berhubung. Rasanya hampir 2 bulan. Last kami ber sms pun diakhiri dengan
pergaduhan kerana saya tidak mengendahkannya dan jarang membalas
smsnya. Pada malam itu, tangan saya ringan mencapai telefon bimbit dan
menghantar sms ingin meminta putus darinya dan kali ini saya NEKAD dan
tidak akan kalah dengan rayuannya lagi.Dia membalas, Mengapa? Adakah saya mempunyai lelaki lain?..
Saya hanya tersenyum membaca sms itu.
Seperti ada sesuatu yang memberikan saya alasan yang terbaik dan saya
harap alasan itu dapat mengubati kekecewaannya. saya membalas smsnya
dengan menjawab, tidak ada lelaki lain yang saya cintai kerana saya
tidak rasa bagaimana cinta sesama manusia yang sebenar, saya hanya rasa
bersalah pada Allah kerana telah membelakangkanNYA selama ini dan tidak
sedar akan kehadiran Allah yang sentiasa menemani hambaNya di saat susah
atau senang.
Saya hanya ingin mendekatkan diri pada
Allah dan ingin belajar lagi serta mendalami Islam. Belajar serta
mendalami Islam sahaja, tidak cukup, saya mahu praktikan cara hidup
Islam yang sebenar dalam kehidupan saya. saya harap awak memahami saya.
dan itu ada sms terakhir dari saya kepada dia 2 tahun lepas.
keesoaknnya, dia setuju. Barulah saya terasa seperti terbang semua beban
yang menghimpit minda.
Memang banyak perubahan yang berlaku
pada saya saat saya melangkah ke dunia IPT ini. Alhamdulillah, Allah
telah temukan saya dengan ramai rakan yang boleh saya jadikan teladan.
Ya Allah, sungguh besar cahaya hidayah yang telah Engkau kurniakan ini
sehingga tidak terucapkan dengan kata-kata betapa indahnya, manisnya,
bahagianya hidayah ini. Mungkin inilah hebatnya rasa cinta yang
dahulunya pernah diceritakan oleh rakan2 saya tentang cinta mereka,
tetapi cinta yang saya dapat ini, tidak dapat saya ceritakan dan
ungkapkan betapa indahnya.. hebatnya.. sangat indah..Saya amat
bersyukur kerana Allah melindungi saya yang jahil ini daripada mendekati
bunga-bunga zina dan masih memberikan peluang pada saya untuk memandang
dengan lebih dalam erti ISLAM. salah satu nikmat yang terbesar dari
Allah.. Alhamdulillah. Allah itu Maha Besar. Allah Maha Agung. Allah
segalanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)






