~Gambar Aktiviti JT~
Saturday, 15 September 2012
Friday, 14 September 2012
JUMAAT Penghulu segala hari....^_^
Menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Aiyam’ iaitu Penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)"
Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
* ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”
* Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.
* Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
* Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
* Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
***Dan banyak lagi yang tidak tersurat di sini...
***Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat hari Jumaat ini. insyaAallah...*_*
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
* ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”
* Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.
* Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
* Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
* Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
***Dan banyak lagi yang tidak tersurat di sini...
***Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat hari Jumaat ini. insyaAallah...*_*
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
Sunday, 3 June 2012
MUSLIMAH DAN RASA MALU
Rasa malu adalah sifat yang mulia. Rasa malu, seluruhnya adalah kebaikan. Rasulullah SAW merupakan profil yang menjadi panutan dan tauladan dalam perihal rasa malu. Bahkan sampai disebutkan bahwa beliau lebih pemalu dari gadis pingitan yang berada dalam kamarnya. Rasa malu adalah akhlak yang mulia, akhlak yang dimiliki oleh orang-orang yang baik. Setiap orang yang memiliki rasa malu niscaya akan tercegah dari perkara-perkara yang buruk dan jelek yang dimurka oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya serta dibenci oleh manusia.
Rasa malu itu sendiri terbagi dua (berdasarkan cara terbentuknya, red), yaitu :
Ada rasa malu yang menjadi sifat pembawaan atau tabiat yang merupakan kurnia dan pemberian dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini diistilahkan dengan rasa malu yang tidak diupayakan. Boleh jadi ada sebahagian orang yang meninggalkan perkara-perkara yang buruk dan keji bukan kerana dia paham dan komitmen kepada agamanya. Akan tetapi lebih disebabkan rasa malu untuk melakukannya. Sehingga dia meninggalkannya bukan kerana dorongan agama tapi disebabkan faktor rasa malu yang memang Allah ciptakan pada dirinya. Tabiat ini merupakan kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala yang dilimpahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha memiliki keutamaan yang besar.
Pada zaman ini kita masih banyak melihat para muslimah yang masih menghadirkan rasa malu untuk tidak berbuat maksiat, mengumbar aurat, suara atau gerak tubuhnya di depan khalayak yang tak pantas melihat dan mendengarnya. Muslimah seperti inilah yang Allah hadirikan didalam dirinya rasa malu sebagai Rahmat dari-Nya.
Rasa malu yang kedua adalah rasa malu yang bisa diupayakan (dibentuk dengan usaha khusus, red). Maksudnya adalah rasa malu yang lahir kerana seseorang selalu merasa selalu diawasi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal itu boleh wujud kerana mengenal dzat Allah melalui nama-nama dan sifat-sifat Nya yang Maha Mulia dan Agung. Dia malu kalau Allah melihatnya berbuat keburukan. Maka dia berupaya menghindari perkara-perkara yang buruk dan keji disebabkan rasa malu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, walaupun secara tabi’at dan watak, dia boleh dan mungkin biasa melakukan keburukan tersebut. Ini namanya rasa malu yang diupayakan dan yang dimaksud oleh sabda Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam:
“Rasa malu itu adalah salah satu cabang dari keimanan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)Muslimah yang berilmu akan menghiasi dirinya dengan malu bila dan dimanapun ia berada, dengan Ilmu yang ia mampu mengolah hatinya agar tidak terperosok dalam syubhat-syubhat serta godaan-godaan yang dapat menghilangkan dirinya dengan rasa malu, lisannya senatiasa terjada dengan tutur kata berkualitas serta Dzikrullah dan Malu tetap menghiasinya. Serta tingkahnya yang menunjukkan ketakwaannya kepada Rabbnya. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam– sebagaimana dalam hadits Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma- pernah melewati seseorang dari kalangan anshar yang tengah menasihati saudaranya mengenai rasa malu. Maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:
“Biarkan dia, karena sesungguhnya rasa malu itu termasuk dari keimanan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Rasa Malu Yang Baik
Rasa malu yang termasuk dari keimanan adalah rasa malu yang diupayakan kerana merasa diawasi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apa pun keadaannya, seorang yang punya rasa malu secara tabiat dan kepribadian, memiliki modal dasar untuk menuju rasa malu yang diupayakan karena merasa diawasi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika rasa malu itu dicabut dari seseorang, baik rasa malu secara tabiat dan kepribadian maupun rasa malu yang memang disyari’atkan, maka akan lenyap berbagai kebaikan dari dirinya. Dia akan jatuh pada perbuatan-perbuatan yang buruk dan jelek, baik secara hukum syar’i mahupun secara adat kebiasaan manusia. Hari ini kita sangat mudah menyaksikan saudari-saudari muslimah kita yang tampak megah dengan hiasan kemaksiatan yang dilakukan tanpa adanya rasa malu sediktpun.Rasa Malu Yang Buruk
Namun disana sesungguhnya ada rasa malu yang tercela. Rasa malu yang tercela –sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Qodhi ‘Iyadh rahimahullah dan yang selainnya- yaitu rasa malu yang menghalangi seseorang untuk menunaikan hak dan kewajiban. Seseorang merasa malu dalam menuntut ilmu sehingga dia mengalami kebodohan dalam agamanya. Seseorang merasa malu untuk beribadah kepada Allah sehingga dia tidak menunaikan kewajibannya terhadap Allah. Seseorang merasa malu untuk menunaikan hak dirinya, hak keluarganya, hak kaum muslimin. Maka semua rasa malu itu adalah rasa malu yang tercela. Karena rasa malu yang seperti ini merupakan kelemahan dan kecerobohan. (lihat Fathul Baari 3/138). Maka sebagai Muslimah yang cerdas, hendaknya kita menghindari diri dari rasa malu yang tidak menguntungkan bagi kualiti ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.Sedangkan yang dimaksud dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Rasa malu itu tidak membawa kecuali kepada kebaikan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)yaitu rasa malu yang membawa kepada keimanan serta tidak melalaikan hak dan kewajiban. Lalu mengapa rasa malu yang menghalangi seseorang dari kebaikan disebut sebagai rasa malu? Hal itu kerana rasa malu ini menyerupai rasa malu yang yang disyari’atkan. Padahal hakikatnya, rasa malu yang menghalangi dari kebaikan adalah tercela di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Manfaat Rasa Malu
Maka muslimah yang mempunyai rasa malu akan terhalangi dari perkara-perkara yang buruk dan keji, baik rasa malu yang berlaku secara tabi’at maupun rasa malu yang lahir kerana keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika kita mahu memperhatikan kondisi dan keadaan manusia secara cermat, niscaya kita akan mendapati realita bahawa berbagai keburukan dan terjadi, baik yang berupa kekafiran, kesyirikan, kebid’ahan, dan kemaksiatan, baik yang kecil maupun yang besar, disebabkan mereka telah kekurangan bahkan kehilangan rasa malu yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Jika rasa malu dengan kedua jenisnya telah hilang dari seseorang maka tak ada lagi kebaikan yang boleh diharapkan darinya. Bahkan boleh jadi dirinya telah berubah menjadi syaithan yang terkutuk.Kita memohon kepada Allah keselamatan dan keampunan dan menjadikan diri kita sebagai Muslimah yang cantik dengan rasa Malu. Wallahu a’lam bish-shawab.
Referensi :
“Kemulian Rasa Malu”, Oleh: Abu Muhammad Abdul Mu’thi Al Maidani.
Penulis : Fauziah Ramdani
♥ 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW ♥
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Sunday, 27 May 2012
Welcome The month of REJAB
Amalan terbaik di
dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.
Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam
bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan
Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan
dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah
parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta
fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru
"Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya,
dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan
dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa
3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa
10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di
samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali
berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang
pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi
Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan
melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa
besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70
hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran
dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70
hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan
pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya
lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih
cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan
kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat
dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan
Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau
100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan
umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan
hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat
manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala
Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban
diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain
yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui
amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan
solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan
berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan
perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang
telah berlaku dalam bulan Rejab:
Israk dan Mikraj (27 Rejab)
Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam
Israk Mikraj)
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah
peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa
berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan
(dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana
Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W.
Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami
berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)
DOA BULAN REJAB:(Surah Al Israa': 1)
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab
dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon
keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang
berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku
adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan
taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu
dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau
berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu
dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau
Ya-Allah."
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang
Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan
aku bertaubat kepada-Nya."
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan
yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya,
kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya
untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu,
suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini
dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan
diperolehi itu ada keberkatannya.
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika
tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Sabda nabi:
"sampaikan dariku walaupun satu ayat"
"sampaikan dariku walaupun satu ayat"
Keistimewaan Bulan Rejab
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan
ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari
(matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”
disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan
keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan
oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana
kualiti sanad yang diriwayatkannya.
Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan
nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah
al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab,
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w
menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk
(mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi
kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila
tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di
bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w
tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada
Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan
mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk
menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi
kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim
al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa
Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah
s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka
(terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.”
(Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id
bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab)
kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang
lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab,
tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana
kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud
direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab
adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki
menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada
berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab
ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di
mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah
makanan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi :
“Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada
lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama
bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian
dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan
keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan,
mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan
Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh
lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan.
Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam
sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu
kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat,
puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di
bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang
benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan
kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah
sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.
Tuesday, 22 May 2012
Lautan Rindu
Jiwa ini dipenuhi lautan
rindu
Rindu pada sang Rasul
mulia
Agar ibadah bukanlah
kewajiban tapi ekspresi kesyukuran
Jiwa ini merindu Abu
Bakar As Shidiq
Agar selalu kubenarkan
bisikan kebaikan dari hatiku
Jiwa ini merindu Umar
bin Khattab
Agar tak pernah takut
diri ini menegakkan kebenaran
Jiwa ini merindu Utsman
bin Affan
Agar bisa menikmati
indahnya lantunan Qur’an saat Qiyamullail
Jiwa ini merindu Ali Bin
Abi Thalib
Agar bisa bersemangat
mempelajari ilmu dan menguasainya
Jiwa ini merindu Bilal
bin Rabah
Agar tak pernah kalah
dengan ujian yang menghadang
Jiwa ini merindu Ikrimah
bin Abi jahal
Agar mampu itsar dengan
kebutuhan saudaraku
Jiwa ini merindu Ibrahim
Bapak para nabi
Agar dalam jalani
kehidupan dipenuhi kesungguhan mengabdi tanpa bantahan
Jiwa ini merindu nabi
Nuh AS
Agar ejekan demi ejekan
tak pernah hancurkan kesungguhan dalam menyampaikan kebenaran
Jiwa ini merindu
Abdullah Ibnu Mas’ud
Agar bacaan Qur’anku
selalu merdu bawakan kesejukan di hati
Jiwa ini merindu Abu
Ayyub Al Anshari
Agar tak ada rukhsah
dalam dakwah setelah turunnya At Taubah: 41
Jiwa ini merindu Mushab
bin Umair
Agar mampu sinari tempat
baru dengan cahaya keimanan
Sungguh banyak lagi
manusia-manusia pengabdi yang kurindukan….
Tapi kutak tahu kapan ku
bisa melihat wajah-wajah mereka….
Ya Allah, mudahkan hamba
yang lemah ini bertemu dengan mereka
Ya Allah mudahkan diri
yang hina ini bercengkerama dengan mereka
Ya Allah mudahkan diri
yang papa ini mengikuti jejak langkah kebaikan mereka
Kalau tak bisa semuanya,
minimal titisannya saja
Subscribe to:
Posts (Atom)





